Sunday, November 18, 2018


kuliah 2

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

●MEMBERI KESEDARAN TENTANG KEPENTINGAN PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN

●MEMAHAMI KONSEP MENGURUS PEMBELAJARAN

Mengapakah pengurusan dan pembelajaran itu penting dalam bidang/profesion anda?

●Pengurusan menambah pengetahuan

●Pengurusan meningkatkan mutu amalan kerja guru

 ●Pengurusan yang cekap menambahkan produktiviti

MAKNA PENGURUSAN

● Pengurusan boleh didefinisikan sebagai: aktiviti yang teratur (sistematis) bagi mencari jawapan kepada beberapa soalan khusus yang dikemukakan tentang sesuatu masalah yang hakikatnya (atau tabiinya) sudah dikenalpasti (Ahmad Mahdzan, 2004)

Apakah kaedah pengurusan yang biasa dipakai dalam bidang anda?

●Pendekatan dan Kaedah Pengurusan:
i. Berpusatkan Pelajar
ii. Berpusatkan Bahan
iii. Berpusatkan Guru
iv. Berpusat Pelajar, Bahan dan Guru

Guru yang profesional haruslah mampu menguasai dan mengurus 7 jenis pengetahuan berikut : 
●Pelajar
●Pedagogi
●Kurikulum
●Konten-pedagogi

Pengurusan Pembelajaran Dari Pelbagai Aspek

●Tradisional
●Moden
●Barat
●Islam

Pengurusan Sekolah

Menurut Sharpe (1989), sekolah merupakan organisasi yang unik dan tidak terdapat pada mana-mana organisasi di dunia. Keunikan ini memerlukan pengurus yang berpengetahuan dan berkemahiran yang tidak dipunyai oleh pengurus organisasi lain.

1.Sekolah dan sistemnya adalah organisasi manusia. Klien dan bahan mentahnya manusia, sumbernya manusia dan matlamatnya berkait dengan manusia

MATLAMAT PEMBELAJARAN

 Pendidikan ialah sistem “Pendidikan ialah satu sistem perkembangan intelektual, jasmani, kerohanian dan emosi.” (Aristotle: 384 S.M. – 322 S.M.)

 Pendidikan ialah proses “Pendidikan sebagai proses membentuk kecenderungan asasi yang berupa kepercayaan dan perasaan terhadap alam sejagat dan sesama manusia. Pendidikan juga suatu proses bagi mengatur dan menambah pengetahuan yang dimiliki supaya dapat hidup dengan lebih selamat.” (John Dewey: 1933)

Pendidikan ialah penambahan ilmu “Pendidikan ialah untuk menambahkan ilmu untuk menghampirkan diri dengan kesempurnaan fitrah dan memahami daya usaha yang terdapat pada bakat dan watak seseorang.” (Stuart Mill)

 Pendidikan ialah mendidik “Pendidikan ialah mendidik iaitu memimpin keluar. Pendidikan berlaku melalui tunjukajar, latihan dan indoktrinasi.” (Ducasse)

2.2.3 Konsep & Pengertian Pendidikan Dalam Islam

Dalam Islam, tarbiah, ta’dib dan ta’lim bergabung untuk melahirkan insan terdidik:
1.Berilmu
2.Mempunyai kesedaran
3.Menghayati
4.Menginsafi
5.Beramal

Tahap Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah

1.Perancangan - Analisis keperluan dan persiapan dokumen kurikulum.
2. Implementasi -Pelaksanaan sebenar kurikulum di bilik darjah.
3.Penilaian -Penilaian bagi keperluan pembaikan atau perubahan kurikulum.

Prinsip pengajaran

Merancang : pengajaran perlu dirancang mengikut fasa dan turutan
●Set induksi: aktiviti ringkas bagi menarik minat dan perhatian

●Penyampaian: Apakah langkah guru dan pelajar (aktiviti) sesuai dengan masa, bahan, aras pencapaian

●Penutup: mengukuh isi, penilaian, merumus


Faktor mempengaruhi kesediaan belajar

●Kematangan fizikal- berupaya dari segi kognitif, afaktif dan kemahiran

●Mengekalkan perhatian – beri tumpuan pengajaran guru, tumpuan mendengar, tumpuan minat

Kajian-Kajian Untuk Mengkatkan Standard Kualiti

●Apakah yang patut dikaji

- Kaedah pembelajaran semasa
- Teknik pengajaran yang sesuai dengan keadaan semasa
- Isu-isu dan perubahan sistem pembelajaran kini
- Buku teks
- Perbandingan sosiologi murid zaman kini

















No comments:

Post a Comment