Monday, October 1, 2018


PENGAJIAN PENDIDIKAN PENGAJIAN PENDIDIKAN BERASASKAN:
1. Sosiologi Pendidikan (KPS)
2. Psikologi Pendidikan (KPP)
3. Falsafah Pendidikan (KPF)
4. Pedagogi (KPD)
5. Penilaian dalam Pendidikan (KPN)
 6. Teknologi Pendidikan (KPT)


SOSIOLOGI PENDIDIKAN
↬ Kajian sistematik dan saintifik tentang interaksi manusia dalam masyarakat dari pelbagai sudut
↬ Masyarakat: kumpulan manusia saling berhubung yang membentuk jalinan yang melahirkan pelbagai fenomena sosial

PERSPEKTIF TEORI SOSIOLOGI PENDIDIKAN
Sosiologi: teori lahir daripada masyarakat yang menjadi objek dan subjek dalam kajian
3 teori utama:
-Fungsionalisme
-Konflik
-Interaksionisme Simbolik

TEORI FUNGSIONALISME
Mengkaji perlakuan sosial atau institusi dalam kegiatan yang menyumbang kepada penerusan masyarakat


TEORI KONFLIK
Menganalisis konflik-konflik dalam masyarakat
Berlaku konflik dalam struktur masyarakat
Mengkritik kapitalisme


TEORI INTERAKSIONISME SIMBOLIK
Bagaimana seseorang menginterpretasikan dan bertindak menurut kemahuan masing-masing dalam masyarakat